MAJLIS PELANCARAN BULAN CERIA MERDEKA

20 08 2010
Majlis Pelancaran Bulan Ceria Merdeka telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 16 Ogos 2010. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tn. Dr. Hj. Mohd Khalid b Hj. Kassim (Yang Di Pertua PIBG S.K. Batu Berendam).

Advertisements




SELAMAT BERPUASA

18 08 2010

Kepada semua warga S. K. Batu Berendam….Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa.





GOTONG-ROYONG PERDANA

18 08 2010
Gotong-royong Perdana telah diadakan di sekolah pada 7 Ogos 2010. Semua guru terlibat menjayakan aktiviti tersebut. Gotong-royong ini diadakan bersempena ‘Melaka Maju 2010’, anjuran Kerajaan Negeri Melaka.





Kejayaan

3 08 2010

Muhammad Irysad bin Mahadi telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan ‘Public Speaking’ peringkat kebangsaan di Johor.





MAJLIS PERASMIAN SUDUT INFO

3 08 2010
Majlis Perasmian Sudut Info bagi Sains dan Matematik serta Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan pada 27 Julai 2010. Majlis tersebut telah dianjurkan dengan kerjasama Guru Panitia serta Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka sempena Pertandingan Landskap Keceriaan Sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Tuan Haji Adam b. Mohamad. Objektif diadakan Sudut Info adalah :

· Memupuk budaya cintakan ilmu dikalangan guru dan murid.
· Membolehkan guru dan murid memperoleh info maklumat yang pelbagai.

· Menceriakan kawasan sekolah.





PC Fair 2010 Datang Lagi

19 07 2010




Majlis Persaraan

14 07 2010

Majlis Persaraan 

Puan Hajah Jariah Binti Haji Aman
Guru Penolong Kanan 1 
Sk Batu Berendam, Melaka.

“JASA DAN BAKTIMU SENTIASA DIKENANG”

TARIKH      :  15 JULAI 2010
MASA         :  7.40 PAGI
TEMPAT     : DATARAN PERHIMPUNAN SK BATU BERENDAM