MAJLIS PELANCARAN BULAN CERIA MERDEKA

20 08 2010
Majlis Pelancaran Bulan Ceria Merdeka telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 16 Ogos 2010. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tn. Dr. Hj. Mohd Khalid b Hj. Kassim (Yang Di Pertua PIBG S.K. Batu Berendam).





SELAMAT BERPUASA

18 08 2010

Kepada semua warga S. K. Batu Berendam….Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa.





GOTONG-ROYONG PERDANA

18 08 2010
Gotong-royong Perdana telah diadakan di sekolah pada 7 Ogos 2010. Semua guru terlibat menjayakan aktiviti tersebut. Gotong-royong ini diadakan bersempena ‘Melaka Maju 2010’, anjuran Kerajaan Negeri Melaka.





Kejayaan

3 08 2010

Muhammad Irysad bin Mahadi telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan ‘Public Speaking’ peringkat kebangsaan di Johor.





MAJLIS PERASMIAN SUDUT INFO

3 08 2010
Majlis Perasmian Sudut Info bagi Sains dan Matematik serta Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan pada 27 Julai 2010. Majlis tersebut telah dianjurkan dengan kerjasama Guru Panitia serta Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka sempena Pertandingan Landskap Keceriaan Sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Tuan Haji Adam b. Mohamad. Objektif diadakan Sudut Info adalah :

· Memupuk budaya cintakan ilmu dikalangan guru dan murid.
· Membolehkan guru dan murid memperoleh info maklumat yang pelbagai.

· Menceriakan kawasan sekolah.





PC Fair 2010 Datang Lagi

19 07 2010




Majlis Persaraan

14 07 2010

Majlis Persaraan 

Puan Hajah Jariah Binti Haji Aman
Guru Penolong Kanan 1 
Sk Batu Berendam, Melaka.

“JASA DAN BAKTIMU SENTIASA DIKENANG”

TARIKH      :  15 JULAI 2010
MASA         :  7.40 PAGI
TEMPAT     : DATARAN PERHIMPUNAN SK BATU BERENDAM




Sambutan Hari Guru SKBB

17 05 2010

Tarikh / Masa : 17 Mei 2010 / 7.35 pg

Tempat : Tapak Perhimpunan SKBB

Tetamu Undangan : EN.MAHADI BIN ABDUL TALIB





HARI SUKAN SK BATU BERENDAM 2010

27 04 2010

BATU BERENDAM:Temasya Sukan Tahunan Sekolah 2010 yang telah di adakan pada 11 Mac 2010 bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2





Gotong Royong

27 04 2010
BATU BERENDAM: Gotong royong Sekolah Kebangsaan Batu Berandam telah di adakan pada 10 Mac 2010. Semua kakitangan sekolah terlibat dalam program gotong royong ini.Sesi gotong royong telah bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga pukul 2 petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam program gotong royong kali ini. Semoga gotong royong seperti ini dapat dijalankan untuk masa yang akan datang. Gambar sekitar program gotong royong sekolah.